asdfghjkl

Sunday 3 September 2017

Syafakallah


A S S A L A M M U A L A I K U

"Aku rindu kau"
Ayat yang terkeluar dari mulut aku tapi tak mampu untuk kau dengar. Hari ni hari yang ke-24 Nazrin koma. Accident, 11 Aug 17. Entry ni untuk Nazrin. Tapi dia mungkin tak kan baca sebab dia mana tahu aku ada blog. Mungkin juga tak ada orang baca sebab 2017 siapa je lagi layan blog. Haha.

Aku cuma nak luahkan kat sini. Ini bukan kronologi kemalangan yang terjadi pada Nazrin. Ini cuma ungkapan rindu yang tak kesampaian.

30 May 17, birthday aku.
"Nazrin... Kalau lah.. Emm... Kalau aku dah tak de nanti, kau nangis tak?"
"Nangis lahhhh. Kau kan bffffffff aku" 
"Hahahaha. Cengeng"
"Kalau aku, eza? Kalau aku dah takde, kau nangis tak?"
"TAK. Hahahahahahaha"
Sejujurnya, kau kemalangan ni pun aku nangis macam orang meroyan tau tak. Aku takut weh kau tinggalkan aku.


13 June 17, sebelum cuti sem.
Kau minta aku hantar kau kat terminal and teman sampai bas datang. Bila kau dah naik bas, kau whatsapp aku cakap kau dapat single seat, thanks teman kau and..
Gonna miss you, eza
Nazrin, 13 Aug 17 aku datang lawat kau kat hospital. Tapi kau tak bangun pun. Kau tak de rasa rindu kat aku ke? Kau tak de rasa bersalah ke bila aku nangis sebelah kau?

Mana aku nak tuju bila aku rindu kat kau? Aku rasa semua orang macam dah bosan dengar aku cakap pasal kau. Aku dok luah kat Allah je weh. Aku pun rasa dah penat nak whatsapp abang kau, kacau dia semata-mata nak tanya pasal kau, keadaan kau, kesihatan kau. Aku nampak macam dia dah mula rasa tak selesa, jadi aku stop.

Aku tak tahu macam mana keadaan kau sekarang. Yang aku tahu, aku rindu kau. Aku rindu mulut kepoh kau. Bangun lah, aku sanggup layan "sembang lebih" kau. Kau kata je nak pi mana. Semua aku iye angguk angguk kan je.

Kau kawan aku, kau sahabat aku, Aku penah cakap kan, aku sakit bila tengok kau sakit. Hati aku ni, sakit weh tengok kau macam ni. Dalam hidup aku ni penuh dengan kau. Aku pandang itu, teringat kau. Aku pandang ini, teringat kau. Hairband tu ponn, kau yang beli kan. Sedih weh. Sedih sangat.

Minggu pertama kau koma, aku sedih gila kot. Tengah masak pun tiba-tiba mengalir air mata. Tapi aku lap lah. Takde lah sampai air mata masuk dalam makanan. Hahaha, ngek. Aku makan sekali sehari. Mood tak yah cerita lah, ke laut. Sampai lah satu hari, aku teringat ayat kau dulu. "Eza, kau tak boleh macam ni. Kau jangan lah sedih sebab aku" So aku pun try cari mood dan hidup macam biasa. Tapi... Ada masa aku koyak juga, Nazrin. Macam sekarang. Sob sob.

Aku percaya semua ni ada hikmah. Aku percaya the perfect timing untuk Allah kejut kau dari tidur panjang kau. Aku ada, InshaAllah selalu ada untuk kau. Syafakallah, embryo.


Cepat bangun. Aku ada beli gundam untuk kau nii.

-Faezatul Nur- 

Friday 7 April 2017

UHUK. NEW UPdate


A S S A L A M M U A L A I K U


Ni hao. Haiiii. Lama sangat-sangat tak update blog. Well, bukan ada orang baca pun (mata ke atas) lols.

First of all, blog nie mengingatkan aku pada masa lalu. Alaa, zaman sekolah dulu lah. Haha. Sebab tu lah tak delete blog nie. Rindu sebenarnya nak kumpul ramai-ramai, cukup 8 orang. Rindu zaman sekolah dulu. Tak, aku tak rindu sekolah pun. Aku rindu member je. Haha. Rindu nak makan keropok lekor tepi padang waktu PJK. Muka yang sama yang pemalas sukan tiap minggu sampai cikgu pun dah malas nak kisah. Sekarang masing-masing dah jauh. Harap sangat hubungan kita kekal selamanya.

Kedua, saya dah tahun 2. Yayy! Okay tak payah nak yay sangat lah. Ada lagi 2 tahun kott. Oh ye, sekarang tengah cuti mid sem. Mood rajin aku pun muncul sebab ternampak Farah update blog. Hee. Cakap pasal universiti, aku rapat dengan a guy. Nama dia Nazrin. Haa, asal cakap rapat je, fikir lain. Member jelahhh. Suka dia? Maybe. Hahaha. Aku tak pasti lah. Hati nie berbolak-balik. Kejap suka, kejap menyampah. Eh tak, SELALUNYA MENYAMPAH 😂 So sebabkan kitaorang nie rapat, budak class fikir kitaorang couple. Dia selalu datang kelas lambat (Jangan tiru aksi ini). Aku datang dulu dari dia. Setiap kali dia masuk pintu je, member aku akan bahan "Ezaa, tengok tuu. Ehemm". Dah kenapa. Terserempak luar class pun depa dok "ehem ehem". Dia belikan roti pun dorang "ehem ehem". Aku kebuloq kot. Mintak tolong beli roti pun jadi isu ke deyy. Sampai aku malas nak layan. Lantaak lah korang nak cakap apa pun nakk.


Ketiga, aku rasa aku nak edit semula blog nie. Hohoho. Tapi tengok lah. Kalau kerajinan aku nie konsisten. Hehehe. Dah lama kott tak sentuh blog nie. Takut lupa cara nak edit jee. Blur jugak nanti.



Okaylah, I pun tak tau nak cakap apa lagi nie. Tu saja lah. Tata~


-faezatul nur- 

Tuesday 25 February 2014

First time

 A S S A L A M M U A L A I K U



Tiba-tiba kerajinan aku berkilo-kilo. Alhamdulillah, first time try buat kek batik. Haaa? Tak ada rupa kek batik pon? Haha. Rupa tak penting, yang penting rasa. Cehhh, macam lahh sedap -..- Hehe. Actually, kebelakangan nie... Hidup aku padat dengan mehnah. Seperti padatnya kek ini. Ehh, ada kena mengena ke? Haha.
Hidup nie kan, penuh ranjau. First time memang payah. Yupp, first time aku buat kek nie rasa payah. Terkejar amik barang itu, amik barang ini. Kejap-kejap baca resipi. Haha. Hidup pun. Masalah. Mula-mula memang payah nak hadapi. Rasa tak mampu je. Kejap-kejap air mata mengalir kan? 

Tapi bila kita selalu buat kek batik nie, insha Allah lama-lama jadi senang. Resipi pon boleh melekat dalam otak. Macam tu lah dengan masalah, bila kita selalu hadapi masalah dengan tabah, makin lama masalah yang datang akan rasa senang. Insha Allah. Ayat-ayat Allah yang memujuk kita pon sentiasa melekat-lekat dalam otak. Apa-apa pun, Innallaha Ma'ana :)
Mengapa perlu luahkan pada manusia andai tuhan itu masih ada?
Luahkan pada manusia tak salah, yang salah tak luahkan pada Allah.


Mencari Redha Ilahi,
-Faezatul Nur-