asdfghjkl

Friday 7 April 2017

UHUK. NEW UPdate


A S S A L A M M U A L A I K U


Ni hao. Haiiii. Lama sangat-sangat tak update blog. Well, bukan ada orang baca pun (mata ke atas) lols.

First of all, blog nie mengingatkan aku pada masa lalu. Alaa, zaman sekolah dulu lah. Haha. Sebab tu lah tak delete blog nie. Rindu sebenarnya nak kumpul ramai-ramai, cukup 8 orang. Rindu zaman sekolah dulu. Tak, aku tak rindu sekolah pun. Aku rindu member je. Haha. Rindu nak makan keropok lekor tepi padang waktu PJK. Muka yang sama yang pemalas sukan tiap minggu sampai cikgu pun dah malas nak kisah. Sekarang masing-masing dah jauh. Harap sangat hubungan kita kekal selamanya.

Kedua, saya dah tahun 2. Yayy! Okay tak payah nak yay sangat lah. Ada lagi 2 tahun kott. Oh ye, sekarang tengah cuti mid sem. Mood rajin aku pun muncul sebab ternampak Farah update blog. Hee. Cakap pasal universiti, aku rapat dengan a guy. Nama dia Nazrin. Haa, asal cakap rapat je, fikir lain. Member jelahhh. Suka dia? Maybe. Hahaha. Aku tak pasti lah. Hati nie berbolak-balik. Kejap suka, kejap menyampah. Eh tak, SELALUNYA MENYAMPAH 😂 So sebabkan kitaorang nie rapat, budak class fikir kitaorang couple. Dia selalu datang kelas lambat (Jangan tiru aksi ini). Aku datang dulu dari dia. Setiap kali dia masuk pintu je, member aku akan bahan "Ezaa, tengok tuu. Ehemm". Dah kenapa. Terserempak luar class pun depa dok "ehem ehem". Dia belikan roti pun dorang "ehem ehem". Aku kebuloq kot. Mintak tolong beli roti pun jadi isu ke deyy. Sampai aku malas nak layan. Lantaak lah korang nak cakap apa pun nakk.


Ketiga, aku rasa aku nak edit semula blog nie. Hohoho. Tapi tengok lah. Kalau kerajinan aku nie konsisten. Hehehe. Dah lama kott tak sentuh blog nie. Takut lupa cara nak edit jee. Blur jugak nanti.



Okaylah, I pun tak tau nak cakap apa lagi nie. Tu saja lah. Tata~


-faezatul nur-