asdfghjkl

Sunday, 16 February 2014

Sedih ?

 A S S A L A M M U A L A I K U

Sedih tu fitrah. Semua orang penah rasa sedih. Apa yang aku lalui sekarang memang buat aku sedih. Air mata mengalir, mengalir dan mengalir. Kedua-dua orang penting bagi aku. Dua-dua aku sayang kerana Allah.

Bila hati tak tertanggung sedih, love letter warna pink pemberian seorang sahabat dicapai. Helaian diselak, Al Fatihah mula dibaca. Seterusnya surah yang memujuk hati. Surah sering dibaca untuk menambahkan ketabahan diri.


Ad-Dhuha...

Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. (Ayat 4)

Yes. Permulaan yang menyakitkan, menyedihkan, menitiskan air mata. Namun, penghujungnya pasti akan menyenangkan, memngembirakan, membuahkan senyuman.

Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati. (Ayat 5)

Kau rasa ujian yang kau hadapi berat sangat. Dah berapa kali kau rasa? Banyak kali kan? Tanpa kau sedar, akhirnya kau mampu jugak lalui ujian tu dan terus tersenyum. Pada akhirnya kau akan rasa puas, tenang, gembira.

Al-Insyirah...


Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Ayat 5) 

Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Ayat 6)

Dalam surah nie, dua kali Allah nyatakan yang setiap kesukaran pasti ada kemudahan. Tak kan Allah nak tipu kita kan?

Sebenarnya, banyak lagi ayat yang dapat menghilangkan rasa sedih tu. Kadang-kadang, kita rasa sedih then terus baca love letter. Kita main baca je surah apa-apa. Then bila baca tafsir, bang bang bang! Rasa cam tertembak kat diri sendiri. Ada je ayat Allah yang terkena kat batang hidung sendiri. Hee. Tu bukti Allah ada dekat dengan kita. Allah tak kan tinggalkan kita walaupun waktu kita jatuh dan sedih. Tersenyumlah. Dan terus tersenyum.

La Tahzan. Innallaha ma'as sobirin.
"Be not sad, surely Allah is with us"
(At-Taubah : 40)

-Faezatul Nur-