asdfghjkl

Wednesday, 19 February 2014

Muslimah

 A S S A L A M M U A L A I K U





Menjadi muslimah...
Tak mudah. Memang susah. Benar payah.
Kadangkala terjatuh. Kadangkala tersungkur.


Hmm. Cita-cita aku nak jadi muslimah. Bukan muslimah biasa. Tapi muslimah yang berharga. Aku cuba. Hari demi hari, aku terus mencuba. Yang paling payah, menjaga akhlak. Akhlak dengan ibu bapa, keluarga, kawan-kawan. Aku cuba menjaga akhlak dengan ibu bapa. Patuh kehendak mereka dan cuba untuk tidak derhaka. Aku cuba hormat abang aku, dengar nasihatnya. Aku cuba. Aku masih mencuba. Masih belum berjaya sepenuhnya. Jadi, andai ada akhlak buruk ku yang kau lihat, tegurlah aku.


Muslimah itu...
Tak mudah melenting bila ditegur.
Tak mudah jatuh bila ditentang.


Aku cuba. Tegurlah aku andai aku salah. Sama ada gunakan kekasaran, paksaan ataupun kelembutan. Yang penting ia dapat menusuk hatiku dengan penuh kesedaran. In sha Allah aku tidak akan melenting. Jatuh.. Agak sukar untuk aku jauhi. Kerana dalam hidup pasti ada bangun jatuh. Namun, aku cuba untuk tidak berlama-lamaan dibawah. Terjatuh ataupun dijatuhkan, aku akan cuba untuk bangkit.

Mohon doakan aku dunia akhirat dengan penuh keikhlasan. Tembaklah aku dengan doa. Bomlah aku dengan nasihat. Agar ego ku, keangkuhan ku dan sifat mazmumah ku musnah terkena seranganmu.

Diri, jangan seperti tisu. Walaupun dapat menyerap air, namun ia nipis dan cepat terkoyak. Jadilah seperti kain. Mampu menyerap air, mampu mengelap kekotoran, tebal dan susah terkoyak.

Semoga sentiasa diberkati Allah

Mencari Redha Allah,
-Faezatul Nur-